Tuesday, January 18, 2011

Sekapur Sireh Dari Guru Besar Cemerlang, SK Convent (2), Klang


Assalamualaikum wtb dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web Sekolah kerana telah dapat mewujudkan laman web sekolah ini.
             
Warga SK Convent (2) Klang mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung laman web sekolah ini.  Semoga laman web ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta dapat memberi maklumat dan info terkini berkaitan sekolah kepada semua.  Usaha  ini juga diharap dapat mempertingkatkan prestasi dan kemajuan sekolah ini terutama dari aspek pengurusan dan pentadbiran.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru , staf , ibubapa serta murid-murid yang sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan prestasi sekolah ini sentiasa cemerlang.  Adalah menjadi harapan saya agar semua warga SK Convent (2)  terus berusaha kearah kecemerlangan .

Kepada  PIBG diharap dapat terus bersama pihak sekolah melaksanakan program dan aktiviti demi kepentingan dan kecemerlangan murid-murid.  Semoga usaha yang berterusan ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam usaha membangunkan laman web ini.

Semoga sekolah SK Convent (2)  akan terus cemerlang dan gemilang.

Sekian ,terima kasih.



Puan Hajah Noriati bt Mohd Yusof
Guru Besar Cemerlang
SK Convent (2), Klang.
 24 Jan 2011 / 20 Safar 1432 H 


No comments:

Post a Comment